Sunday 11 December 2011

Tentang video

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
yup,,tentang video..
entry saya kali ni, saya nk dedahkan sedikit berkaitan beberapa video yg sedang hebat diperkatakan di youtube dan juga di facebook sekarang..video yg munkin niat asalnya berkaitan dengan politik, tetapi ianya telah mendatangkan kemarahan kepada umat islam yang menontonnya..
video tersebut telah di upload pada bulan november 2011...
tengok la video tersebut,,,

http://youtu.be/APDXOormKqY
http://youtu.be/Ekbp2CVZC0U

video tersebut boleh menyebabkan kekeliruan berkaitan dengan islam kepada non muslim malah muslim sendiri yang melihatnya. Apa pandangan mereka tentang islam, adakan hukum yang dibuat oleh Allah boleh di permainkan???....fikirlah sendiri???

Pada 10 disember yang lalu, GABUNGAN Mahasiswa Islam SeMalaysia telah membuat laporan polis berkaitan dengan video tersebut.
http://milosuam.blogspot.com/2011/12/video-hina-hukum-allah-gamis-buat.html



semoga pihak berkuasa mengambil berat mengenai isu tersebut...
ingatlah semua, pesanan ni untuk kalian semua dan untuk saya jugak...hukum Allah bukan untuk dipermainkan..
siapa kita untuk memilih hukum dari Allah..

Wallahu a'lam....




-penulis-

Sunday 28 August 2011

Penghujung Ramadhan..

Kini,
Ramadhan semakin melabuhkan tirainya,
dan syawal,
semakin menampakkan sinarnya,
perginya Ramadhan pada kali ini,
membawa seribu erti buat diriku,
jiwaku terdidik dengan kehadirannya.

Ya Allah,
aku bersyukur padaMU,
dengan bermacam nikmat yang kau berikan untukku
sesungguhnya aku gembira dengan kehadiran Ramadhan pada kali ini,
kau terimalah semua amalan kabaikan dari kami Ya Allah,

Ya Allah,
kau kuatkan lah hati kami Ya Allah,
agar kami dapat melaksanakan amalan-amalan kebaikan
sepertimana yang kami laksanakan pada bulan Ramadhan
ke dalam bulan-bulan yang lain juga Ya Allah,

Ya Allah,
kau panjangkan lah umur kami Ya Allah,
agar kami dapat merasai kemanisan Ramadhan yang akan datang lagi Ya Allah,
tetapi, andai ini Ramadhan yang terakhir buat kami,
terimalah segala amalan kebaikan kami Ya Allah,
Ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah,
kami mohon Rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.
sesungguhnya, RahmatMu mengatasi segalanya,
Terimalah doa kami ini Ya Allah...




Thursday 25 August 2011

10 Wasiat Imam Hassan Al Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Wednesday 15 June 2011

Muhasabah Cinta.....

Wahai saudara saudari sekalian...di sini, saya ingin mengajak kita semua untuk bermuhasabah diri seketika...luangkan masa untuk menghayatai bait-bait lirik lagu ini.....
MUHASABAH CINTA....


Monday 30 May 2011

"Ummu Rufaidah..jururawat muslim pertama..."



Rufaidah Binti Sa'ad, merupakan seorang jururawat muslim yang pertama. Beliau adalah seorang jururawat yang terawal menempa kejayaan, menandingi Florence Nightingale (ikon jerurawat dari barat).
Serikandi ini berasal daripada suku Bani Aslam dan merupakan sebahagian daripada konfederasi suku Khazraj di Madinah. Wanita itu dilahirkan di Madinah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w dan merupakan antara wanita Ansar yang mengalu-alukan kedatangan baginda ke kota tersebut. Beliau juga turut termasuk dalam golongan pertama daripada kaum Ansar yang memeluk Islam.

Ayahnya merupakan seorang tabib (doktor) dan Rufaidah mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya. Tidak hairanlah sekiranya Rufaidah dalam beberapa sumber sejarah, dinyatakan sebagai wanita yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang baik sebagai seorang jururawat. Punya sifat kepimpinan dan pengurusan yang baik, beliau berkemampuan mengendalikan tugas walaupun dalam keadaan dan masa yang tidak menentu atau kecemasan.

Rufaidah mempunyai kemahiran klinikal tinggi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu mengajar jururawat lain yang bekerja bersama-samanya. Beliau tidak menghadkan tugasnya dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang tercedera. Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah s.a.w pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku.

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Lalu Rasulullah s.a.w pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.

Personalitinya yang terpuji dan empati mampu mengurangkan penderitaan pesakit selain ubat-ubatan yang diberi. Tidak dinafikan, sentuhan tangan insan juga memainkan peranan penting dalam kejururawatan. 
Semangatnya menjadi inspirasi kepada kerjaya kejururawatan buat dunia Islam.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang berkerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Ummu Sulaim dan Hindun. Selain itu, antara jururawat Islam lain yang terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah binti Abi Qays al-Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al-Ansariyah, Nusaibah binti Ka'ab al-Maziniyyah dan Rubayyi' binti Muawwiz.

.................................................................................................................................................................

Kisah sejarah beliau benar-benar telah membangkitkan semangatku dalam bidang kejururawatan ini,,semoga aku dan rakan-rakan seperjuanganku dapat menjadikan ia sebagai ikon untuk kita sama-sama menjadi seorang jururawat yang berkualiti dan berjaya di dunia ini dan juga di akhirat nanti,,insyaAllah...

Saturday 7 May 2011

Ibuku,,Ratu Hatiku,,,,

Bismillahirrahmanirrahim....
Entry kali ini, saya ingin menulis mengenai seorang insan yang teramat dekat dengan kita semua..ibu..


Sebelum itu, sebagaimana yang kita tahu, tarikh sambutan hari ibu akan jatuh pada ahad minggu kedua pada bulan Mei. Jadi, pada tahun 2011 ni, kita semua akan menyambut sambuatan hari ibu pada 8 Mei 2011. Kebiasaanya, hari ibu ini disambut untuk mengenang jasa pengorbanan ibu kita yang telah menjaga dan membesarkan kita sejak dari kita dilahirkan dimuka bumi ini sehinggalah kita dewasa. Tetapi sebenarnya, kita tidak semestinya menyambut dengan khusus hari ibu ini. Tidak ada istilah "hari ibu" yang pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Dalam Islam, sudah diajar bagaimana kewajipan kita untuk mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita, serta mentaati segala suruhan kedua ibu bapa kita selagi ianya tidak bertentangan dengan syara'. Inilah kewajipan yang sebenar-benarnya yang sepatutnya dijalankan oleh seseorang anak itu terhadap kedua-dua orang tuanya.



Dalam sebuah hadis Sahih Bukhari, daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a berkata, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW, "Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda SAW menjawab "Solat". Beliau bertanya lagi, selepas solat apa pula?, Baginda SAW menjawab "Berbuat baik (berbakti) kepada kedua ibu bapa". Kemudian beliau bertanya lagi, selepas itu apa pula? Rasulullah SAW menjawab, "Jihad".


Ini telah jelas menunjukkan bahawa pentignya untuk seorang anak itu berbakti kepada kedua orang tuanya. Menurut segala suruhan mereka selagi suruhan tersebut masih dilandasan syariat yang benar serta sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita merupakan satu tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan oleh insan yang bergelar seorang anak.


Peringatan ini, saya tuliskan untuk mengingatkan saya sendiri dan juga kepada pembaca sekalian.






Wednesday 4 May 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai  ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


Friday 15 April 2011

"CUBA"

Bismillahirrahmanirrahim...
Entry kali ni pon nak tulis pasal satu lagu ni...sedap sangat bila dengar..lirik dia pon memang betul-betul bagi kesan yang mendalam..first time dengar lagu ni kat blog salah seorang sahabat saya..terus tertarik dengan lagu tersebut..sekarang saya nk ajak anda2 semua menghayati lagu tersebut,,. Lagu CUBA dinyanyikan oleh kumpulan "AIDIL".


AIDIL ditubuhkan pada tahun 2001.di mana pada masa itu menggunakan nama IDEAL. Album pertama IDEAL-2004 meletakkan IDEAL pada ketika itu dikenali dikalangan peminat nasyid.IDEAL pada ketika itu popular dengan lagu sembahyang dan BUKALAH HATIMU-dibawah Rock Records dan distributor oleh Universal Music, dan lagu BUKALAH HATIMU berjaya memasuki finalist anugerah carta nasyid IKIM (ACNI)pada tahun 2005.Sekarang IDEAL di jenamakan semula dengan menggunakan nama AIDIL. dibawah pengurusan baru Arteffects-Hafiz Hamidun dan Warner Music Malaysia. Setelah sekian lama menyepi,tahun 2010 mereka kembali dengan konsep yang baru dan penampilan yang baru serta irama lagu yang lebih segar..

           CUBA
Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti ada puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya 






Friday 8 April 2011

ZINNIRAH

ZINNIRAH...
nama yang begitu sedap untuk didengari,
tetapi disebalik nama tersebut terselit satu sejarah yang kukira perlu untuk kita ketahui..
zinnirah,,seorang gadis yang berasal dari Rome. kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.
Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca ayat suci al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa."

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam..

Hatinya dipimpin oleh Allah,setiap tutur katanya,perbuatannya bahkan tingkah lakunya adalah benar-benar terpimpin.Kemerdekaan jiwa inilah yang diperoleh oleh Zinnirah,wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit

::betapa tingginya Iman beliau, langsung tidak luntur walaupun diseksa dengan begitu teruk sekali,,Semoga iman kita akan jd seteguhnya INSYAALLAH::

Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah

Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala

C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi

Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi

Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman

Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi



Saturday 2 April 2011

"cOReTaN dArI HaTi,,.."

Bismillahirrahmanirrahim...
pembuka bicaraku...
di sini, ingin untuk aku kongsikan  rasa hatiku..
Terlebih dahulu..ingin aku bertanya kepada kamu si pembaca,
Pernahkan kamu merasakan bahawa diri kamu keseorangan sedangkan ramai sahabat yang berada di sampingmu???
Pernahkah kamu merasakan kehilangan seorang sahabat yang kamu amat sayangi???
jawapannya kamu sendiri yang mampu menjawabnya,,


Beradanya aku disini,,melangkah ke alam kedewasaan,, tatkala aku ditempatkan di kolej ini,, aku telah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan. Ku kira ini adalah ujian yang diberikan oleh Allah untuk mematangkan diri ini. Walaupun kuantiti pelajar yang menuntut di sini tidak begitu ramai, tetapi aku merasakan kuantiti yang sedikit ini telah benar-banar berjaya membuatkan aku untuk mengenal erti kehidupan yang sebenarnaya.

Pelbagai ragam manusia telah aku temui, ya,,memang benar, kami dari berlainan negeri, jadi, ada sesetengah budaya dan cara kami berlainan. Tetapi, bukankah kita sebenarnya dari asal yang sama??bukankah kita ini dari kaum yang sama??kalian semua dari kaum melayu juga kan...jadi..kita serupa sebenarnya,!! perkara yang remeh mengapa mahu dibesarkan??mengapa mahu menyakiti hati yang lain hanya disebabkan kalian berlainan cara dengan yang lain..dan yang paling penting, bukankah kita ini dari asal usul kejadian yang sama??kita ini hamba Allah sahabatku,,kita semua sama pada pendanganNya,,cuma, yang membezakan kita adalah amal serta rasa taqwa kita terhadapNya..

Ramai yang berkata, sahabat kita adalah insan yang paling senang untuk kita menegur kesalahnnya..Sahabat kita adalah insan yang paling dekat untuk kita menegur tingkah lakunya jika mereka pada haluan yang salah. Tetapi, ada pada sesetengah situasi, seorang sahabatlah insan yang paling susah untuk kita menegur kesalahannya. Bukan susah sebab apa, cuma, kita takut dengan peneguran yang kita lakukan akan menyinggung perasaan hatinya, kita takut dengan cara kita tegur itu, akan merenggangkan ikatan persahabatan yang kita bina..tetapi, sanggupkah kita membiarkan sahabat kita itu, terus hanyut dalam kesalahannya??, sanggupkah kita lihat sahabat kita terus melakukan kesilapan??, munkin baginya perkara tersebut bukanlah satu kesalahan, munkin juga disebabkan kekurangan ilmu mengenai perkara tersebut. Yang penting kita perlu kuat untuk menegur, betul tak??

Pada malam tadi, aku benar-banar terkesan dengan kata-kata seorang sahabatku, yang ku panggil sebagai kak wani, dia benar-banar telah memberikan keyakinan dalam hati aku. Saat aku merasakan aku keseorangan dalam menempuhi dugaan, dia telah memberikan semanagt untuk ku semula..Terima kasih kak wani..kak wani,, izinkan aku untuk menulis di sini kata-kata hikmat yang kau berikan untukku itu. :)

"Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian,
Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah,
Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan,
Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikannya dengan yang lebih baik"

Seandainya pembaca pernah merasai situasi seperti yang aku rasakan ini, atau munkin situasi yang  lebih rumit, ingatlah, Allah sentiasa bersama kita. Mohonlah kekuatan hati darinya seandai kau barasa amat lemah, Yakinlah bahawa, disebalik kepahitan ujian yang diberikan, pasti ada kemanisan yang bakal diterima..



Aku berpesan untuk kamu si pembaca, sebagai satu peringatan untuk dirimu dan juga untuk diriku, seorang insan yang lemah ini..Semoga kita semua sentiasa di bawah Rahmat serta Kasih-sayangNYA.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita di dunia ini, dan juga di akhirat nanti,, InsyaAllah,,,...

Friday 1 April 2011

Jalan Kehidupan,,

Tatkala aku dipertemukan
pada satu persimpangan yang rumit
aku menjadi betul-betul buntu
aku digesa untuk memilih hanya satu jalan
Jalan yang akan menemukanku
dengan masa depanku sendiri
Persimpangan yang sedang aku berada ini
adalah satu persimpangan yang berjaya
membuatkan aku betul-betul terpaku
          Jalan pertama, adalah satu jalan 
          yang benar-benar mengasyikkan
          Penuh dengan warna-warni 
          rancak dengan kicauan burung
          mereka seolah-olah mengajak aku
          untuk memilih jalan ini
          tetapi, aku menjadi amat hairan sekali
          mengapa jalan ini begitu sempit untuk dilalui?
          Segala keasyikkan yang terdapat pada jalan ini
          hanya untuk mengaburiku semata
          ia hanya cuma indah pada pandangan mata
          Perlukan untuk aku memilih jalan ini?
Atau jalan yang kedua ini?
dimana jalan ini begitu lapang untuk dilalui
tetapi,, penuh dengan rintangan terpaksa diredahi
Duri dan ranting jatuh bertaburan
Namun, bukankah tadi telah kau bilang 
bahawa,
jalan yang kedua ini begitu lapang untuk dilalui?
Engkau bisa mengelak dari terkena duri dan ranting
atau, sekiranya engkau terlepas pandang
tatkala tidak berhati-hati dalam meniti laluan
kakimu pasti tertusuk jua 
dengan ranting dan duri itu 
Dan, disebabkan jalan yang lapang ini jua, 
kau bisa merawat kakimu itu
sambil memikirkan mengenai ujian dan dugaanmu ini.
          Sudah tentu,
          jalan yang kedua ini
          adalah pilihan yang harus kau lalui
Mengertilah wahai diri,
di mana saja kau lalui,
pasti ada ujian yang terpaksa kau rintangi,
bukan semata untuk menghukum diri,
Malah, tanda kasih dari Ilahi,
          Di akhirnya nanti, kau pasti merasai,
          Indahnya habuan dari ujian yang telah kau lalui,
          Hanya dengan kesabaran dan keikhlasan dari diri,
          pastinya kau berjaya meniti,
          segala onak dan duri...


Wednesday 16 March 2011

Cinta dan hati..

kerana cinta, ramai yang mencarinya,,
kerana cinta juga, ramai yang ingin merasainya,,
ketahuilah wahai hati,,
hanya dengan rasa cintamu 
pada Ilahi,,
akan menemukanmu dengan cinta
seorang insan yang juga melabuhkan 
rasa cintanya pada Ilahi,,
pertalian cinta diantara dua keping hati,,
akan menguatkan lagi
rasa cinta mereka pada Ilahi..
dan ketahuilah,
kerana anugerah cinta itu
datangnya dari Ilahi........