Wednesday 7 March 2012

Keperibadian.....


Akhlak mulia,,
umpama sebutir mutiara,
yang bersinar di dasar lautan,
Hanya insan yang punyai semangat
dan keinginan yang tulus akan sentiasa berusaha
untuk memperolehinya,,
     Jika engkau sudah berjaya mencapainya,
     janganlah sesekali engkau lepaskannya,
     Jagalah ia agar ia sentiasa
     menyinar,
     serta dikagumi oleh setiap
     yang melihatnya,,
Sungguh beruntung bagi insan
yang memiliki "akhlah mulia"


-jamilatul-

Thursday 1 March 2012

HATI...

Adakalanya,,
Hati ini sering digoyahkan,
Sering dibebani dengan pelbagai masalah duniawi,
Hati manusia, hanya seketul daging,
Begitu berat ujian yang selalu ditanggungi...

Duhai hati,
Janganlah engkau bersedih,
Janganlah engkau meratapi
segala masalah yang sering menganggumu,
Masihkan kau teringat akan kata-kata Rasulullah,,
Baginda brsabda,
"Dalam diri manusia ada seketul daging,
jika baik daging itu, maka baiklah seluruh amalannya,
tetapi, jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruh amalannya,
ketahuilah, bahawa sesungguhnya daging itu adalah hati"

Duhai hati,
Jadikan hadis tersebut sebagai pembakar semangatmu,
Teruskan bermujahadah, melawan hawa nafsu,
Bergabunglah dikau bersama akal,
Dalam meneruskan perjuanganmu,
Kerana dikau mampu membawa seribu erti..

-jamilatul-

Sunday 11 December 2011

Tentang video

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
yup,,tentang video..
entry saya kali ni, saya nk dedahkan sedikit berkaitan beberapa video yg sedang hebat diperkatakan di youtube dan juga di facebook sekarang..video yg munkin niat asalnya berkaitan dengan politik, tetapi ianya telah mendatangkan kemarahan kepada umat islam yang menontonnya..
video tersebut telah di upload pada bulan november 2011...
tengok la video tersebut,,,

http://youtu.be/APDXOormKqY
http://youtu.be/Ekbp2CVZC0U

video tersebut boleh menyebabkan kekeliruan berkaitan dengan islam kepada non muslim malah muslim sendiri yang melihatnya. Apa pandangan mereka tentang islam, adakan hukum yang dibuat oleh Allah boleh di permainkan???....fikirlah sendiri???

Pada 10 disember yang lalu, GABUNGAN Mahasiswa Islam SeMalaysia telah membuat laporan polis berkaitan dengan video tersebut.
http://milosuam.blogspot.com/2011/12/video-hina-hukum-allah-gamis-buat.html



semoga pihak berkuasa mengambil berat mengenai isu tersebut...
ingatlah semua, pesanan ni untuk kalian semua dan untuk saya jugak...hukum Allah bukan untuk dipermainkan..
siapa kita untuk memilih hukum dari Allah..

Wallahu a'lam....




-penulis-

Sunday 28 August 2011

Penghujung Ramadhan..

Kini,
Ramadhan semakin melabuhkan tirainya,
dan syawal,
semakin menampakkan sinarnya,
perginya Ramadhan pada kali ini,
membawa seribu erti buat diriku,
jiwaku terdidik dengan kehadirannya.

Ya Allah,
aku bersyukur padaMU,
dengan bermacam nikmat yang kau berikan untukku
sesungguhnya aku gembira dengan kehadiran Ramadhan pada kali ini,
kau terimalah semua amalan kabaikan dari kami Ya Allah,

Ya Allah,
kau kuatkan lah hati kami Ya Allah,
agar kami dapat melaksanakan amalan-amalan kebaikan
sepertimana yang kami laksanakan pada bulan Ramadhan
ke dalam bulan-bulan yang lain juga Ya Allah,

Ya Allah,
kau panjangkan lah umur kami Ya Allah,
agar kami dapat merasai kemanisan Ramadhan yang akan datang lagi Ya Allah,
tetapi, andai ini Ramadhan yang terakhir buat kami,
terimalah segala amalan kebaikan kami Ya Allah,
Ampunkanlah segala dosa kami Ya Allah,
kami mohon Rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.
sesungguhnya, RahmatMu mengatasi segalanya,
Terimalah doa kami ini Ya Allah...




Thursday 25 August 2011

10 Wasiat Imam Hassan Al Banna

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



Wednesday 15 June 2011

Muhasabah Cinta.....

Wahai saudara saudari sekalian...di sini, saya ingin mengajak kita semua untuk bermuhasabah diri seketika...luangkan masa untuk menghayatai bait-bait lirik lagu ini.....
MUHASABAH CINTA....


Monday 30 May 2011

"Ummu Rufaidah..jururawat muslim pertama..."



Rufaidah Binti Sa'ad, merupakan seorang jururawat muslim yang pertama. Beliau adalah seorang jururawat yang terawal menempa kejayaan, menandingi Florence Nightingale (ikon jerurawat dari barat).
Serikandi ini berasal daripada suku Bani Aslam dan merupakan sebahagian daripada konfederasi suku Khazraj di Madinah. Wanita itu dilahirkan di Madinah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w dan merupakan antara wanita Ansar yang mengalu-alukan kedatangan baginda ke kota tersebut. Beliau juga turut termasuk dalam golongan pertama daripada kaum Ansar yang memeluk Islam.

Ayahnya merupakan seorang tabib (doktor) dan Rufaidah mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya. Tidak hairanlah sekiranya Rufaidah dalam beberapa sumber sejarah, dinyatakan sebagai wanita yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang baik sebagai seorang jururawat. Punya sifat kepimpinan dan pengurusan yang baik, beliau berkemampuan mengendalikan tugas walaupun dalam keadaan dan masa yang tidak menentu atau kecemasan.

Rufaidah mempunyai kemahiran klinikal tinggi dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu mengajar jururawat lain yang bekerja bersama-samanya. Beliau tidak menghadkan tugasnya dalam situasi klinikal sahaja, malah turut turun ke padang melihat sendiri keadaan masyarakat untuk menyelesaikan masalah sesuatu penyakit dari akar umbi.

Rufaidah telah mewakafkan dirinya untuk membantu para mujahidin. Ketika Kota Madinah dalam proses perkembangan kemajuan, Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum muslimin yang sakit. Sebuah khemah dibina di luar Masjid Nabawi ketika suasana damai. Dan ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah sentiasa bersedia di barisan belakang sebagai sukarelawan dan merawat tentera Islam yang tercedera. Nabi Muhammad s.a.w sendiri memerintahkan perajurit yang cedera dirawat oleh Rufaidah.

Contohnya sewaktu Perang Khandaq, Sa'ad bin Mu'adz yang cedera telah dihantar ke khemah perubatan yang telah dibina. Pahlawan berani itu telah dirawat oleh Rufaidah. Dengan kepakaran yang dimiliki, Rufaidah telah berjaya mencabut anak panah yang terpacak di lengan Sa'ad. Rasulullah s.a.w pernah melawat Sa'ad beberapa kali ketika sedang menjalani rawatan di khemah pesakit itu. Namun hayat Sa'ad tidak lama. beliau meninggal dunia ketika Perang Bani Quraizah berlaku.

Rufaidah telah melatih sekumpulan sahabiah sebagai jururawat yang sentiasa bersedia untuk menghadapi peperangan. Apabila Rasulullah s.a.w sedang sedia menuju ke lokasi Perang Khaibar, Rufaidah dan rakan-rakannya pergi bertemu Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kebenaran untuk turut serta menyertai rombongan para mujahidin itu ke medan perang.

Lalu Rasulullah s.a.w pun memperkenankan permintaan mereka. Dengan penuh semangat dan keazaman yang tinggi, kumpulan jururawat tersebut telah menjalankan tugas dengan baik sehinggakan Rasulullah s.a.w mengurniakan sebahagian harta rampasan kepada mereka. Bahagian yang diterima oleh Rufaidah sama banyak jumlahnya dengan seorang mujahid yang turun berjihad ke medan perang.

Personalitinya yang terpuji dan empati mampu mengurangkan penderitaan pesakit selain ubat-ubatan yang diberi. Tidak dinafikan, sentuhan tangan insan juga memainkan peranan penting dalam kejururawatan. 
Semangatnya menjadi inspirasi kepada kerjaya kejururawatan buat dunia Islam.

Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang berkerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Ummu Sulaim dan Hindun. Selain itu, antara jururawat Islam lain yang terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah binti Abi Qays al-Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al-Ansariyah, Nusaibah binti Ka'ab al-Maziniyyah dan Rubayyi' binti Muawwiz.

.................................................................................................................................................................

Kisah sejarah beliau benar-benar telah membangkitkan semangatku dalam bidang kejururawatan ini,,semoga aku dan rakan-rakan seperjuanganku dapat menjadikan ia sebagai ikon untuk kita sama-sama menjadi seorang jururawat yang berkualiti dan berjaya di dunia ini dan juga di akhirat nanti,,insyaAllah...